Terus cabar 'hero' bertanggungjawab

KLANG 17 Jan. - Walaupun sedar bahaya menanti dek aliran trafik yang sibuk dan kenderaan berat seperti kontena memecut laju ditambah keadaan cuaca panas, kerja-kerja menurap jalan berlubang di Jalan Meru, Klang tetap diteruskan dan berjalan lancar.

Bermula pukul 2 petang hingga 4 petang, Azlan Sani Zawawi, 43, bersama dua rakannya tanpa bertangguh sepantas kilat me­ngangkat beg yang mengandungi tar seterusnya melakukan kerja-kerja penurapan.