Ternakan tikus makmal hasilkan pendapatan lumayan

MELAKA 25 April - Tidak perlu kerja makan gaji, duduk dalam bilik berhawa dingin atau berkemeja, bercelana panjang dan mengenakan tali leher, Mohd. Zari Mohd. Yusof lebih selesa menjadi penternak tikus makmal atau tikus putih. Anak jati Melaka ini cekal untuk mengembangkan penternakan tikus makmal atau nama saintifiknya, Wistar yang diusahakannya bagi memenuhi permintaan sekolah-sekolah mahupun makmal-makmal. Rajin dan usaha merupakan kunci yang dipegang oleh Mohd. Zari selain daripada tidak mengenal erti penat lelah untuk memastikan penternakan tikus makmalnya berhasil.