Terapkan prinsip wala' dan kesetiaan

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang dahulunya seorang negarawan terbilang, telah menderhaka kepada UMNO, bangsa dan negara. Dalam nada kecewa, Najib, yang juga Perdana Menteri, berkata bekas Presiden UMNO itu sudah berpaling tadah terhadap parti keramat yang diterajuinya selama puluhan tahun.

"Sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau (Dr. Mahathir) yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini telah tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan DAP, perhimpunan haram Bersih, Parti Amanah Negara dan PKR," kata Najib.

Bahkan lebih teruk lagi, bekas pemimpin negara itu turut bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti George Soros, yang pernah dibenci dan digelar sebagai penyangak mata wang, jelas Najib, yang juga Menteri Kewangan. 

Dalam ucapan yang membidas bekas pemimpin parti yang belot, Presiden UMNO itu secara tidak langsung mengingatkan perwakilan kepada sajak 'Melayu Mudah Lupa' yang pernah disampaikan Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung UMNO 2001. 

Berita lanjut di www.utusan.com.my