Tarekat Sheikh Nazim Al-Haqqani masih haram

Tarekat Sheikh Nazim Al-Haqqani masih haram
Oleh NURULANUAR MANSOR

PUTRAJAYA 20 April - Keputusan pengharaman Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah pimpinan Syeikh Nazim Al-Haqqani yang dibuat pada 3 April 2000 masih kekal dan tidak pernah ditarik balik, kata Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermuzakarah hari ini.

Perkara ini telah ditegaskan oleh Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin selepas mesyuarat badan itu pagi ini.

Dr Abd Shukor berkata, jawatankuassa itu antara lain turut memutuskan bahawa tariqat tesebut bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Setakat ini, kata beliau, tiada fakta sahih yang mengaitkan kumpulan Habib berkait rapat dengan tariqat itu.

"Pihak jawatankuasa tidak menemui sebarang fakta sahih yang mengaitkan tariqat ini dengan kumpulan Habib, yang terkenal dengan program qasidah dan zikir sebagaimana yang tersebar di media-media sosial," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE