Takbir pertama di belantara

Utusan Online bersama sekumpulan aktivis kemasyarakatan mendekati sebuah perkampungan Orang Asli di Kampung Sop, Pos Lenjang, Kuala Lipis, Pahang. Sayu dalam gembira, itulah persaan Orang Asli di perkampungan tersebut apabila berpeluang mengalunkan Takbir Hari Raya buat pertama kalinya. Bagi mereka, kunjungan kami bertakbir bersama mereka adalah satu anugerah istimewa dan menjadikan Aidilfitri lebih bermakna.