Tahun 2018 Bunkface hadiahkan album baharu buat peminat

KUALA LUMPUR - Sam, Paan dan Youk dari kumpulan Bunkface sudah merencanakan sebuah album baharu buat para peminat mereka yang bakal dizahirkan tahun depan. Muncul sekali lagi dalam segmen Jom Chat di Utusan Online minggu lepas, Bunkface selain daripada memperkatakan tentang single terbaharu mereka yang diberi sentuhan dari aspek susunan muzik ke atas lagu berjudul Kembali, mereka rancak bercerita tentang pembikinan klip video Kemball (disebut sebagai Kembali2).