SUV Isuzu MU-X tangkas, lincah

Isuzu MU-X yang dijanakan dengan enjin 2.5 liter Ddi VGS Turbo mampu menghasilkan kuasa sehingga 136 hp pada 3,600 rpm dan tork setinggi 320 Nm pada 1,800 hingga 2,800 rpm.

Turut dilengkapi dengan kotak gear automatik lima kelajuan bersama mod manual, MU-X turut mengaplikasikan sistem D-MaxTerrain Command 4WD yang membenarkan pemandu menukar antara operasi 4×2 dan 4×4 pada kelajuan 100 km sejam.

Antara elemen standard yang ada pada kedua-dua varian ialah lampu utama projektor, lampu kabus, rel bumbung, beg udara berkembar, ABS, EBD, BA, ESC dan kawalan cengkaman.

Manakala bagi bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan corong udara bagi tempat duduk barisan kedua dan ketiga, Isofix pada tempat duduk barisan kedua, roda stereng balutan kulit dengan kawalan audio dan bebas tangan serta tempat duduk balutan kulit (dengan pelarasan enam cara secara automatik bagi tempat duduk.

Isuzu Malaysia telah mengumumkan harga pengenalan (termasuk GST + insurans) bagi varian MU-X 2.5L 4×2 (AT) adalah RM151,944.56 manakala bagi varian MU-X 2.5L 4×4 pula ialah RM164,969.84.