Sokongan penduduk terhadap BN bertambah

WALAUPUN Parlimen Batu Pahat dimenangi wakil rakyat pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), namun Barisan Nasional (BN) tidak pernah menganaktirikan kawasan berkenaan, malah terus diberikan perhatian dan bantuan supaya penduduknya tetap tidak terpinggir daripada arus pembangunan negeri dan negara.