Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sehari bersama pelajar tahfiz Al-Quran Pulau Ketam

DIKELILING komuniti berketurunan Tiong Hua tidak menghalang Ustaz Muhammad Ibrahim menubuhkan sebuah sekolah tahfiz al-Quran di Pulau Ketam Selangor.

Dikenali sebagai Akademi Tahfiz Mandarin, Ustaz Muhammad Ibrahim yang turut dikenali Ustaz Mad Cina menubuhkan akademi berkenaan pada Januari 2017.

Berada di bawah pengurusan sepenuhnya Pertubuhan Pendakwah Selangor (PPS), Akademi Tahfiz Mandarin kini mempunyai seramai 30 pelajar tahfiz.

Menurut Ustaz Mad Cina, akademi tersebut ditubuh untuk mempelbagaikan sekolah tahfiz yang ada.

Selain itu, kehadiran akademi berkenaan diharap dapat menyebarkan keindahan agama Islam dalam kalangan penduduk Pulau Ketam dengan menggunakan pendekatan dakwah bil al-hal.

Menurutnya, pelajar tahfiz di akademi itu istimewa kerana turut dilatih menguasai bahasa Mandarin, selain ilmu-ilmu berkaitan Islam dan menghafal al-Quran.

Tambahnya, dia ingin membentuk keperibadian yang tinggi dan berkemahiran boleh bertutur bahasa Melayu, Arab, bahasa Inggeris dan Mandarin.

Ustaz Mad Cina menambah, walaupun sukar untuk mendapatkan makanan halal, itu bukan masalah besar kerana akademi tersebut mempunyai tukang masak khas menyediakan makanan kepada pelajar dan kakitangan akademi.

Beliau menambah, setakat ini semua pelajar akademi yang berusia antara 13 hingga 15 tahun boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan selesa menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar tahfiz.

Beliau menambah, kehadiran pelajar berkenaan sedikit sebanyak memeriahkan dan mengimarahkan satu-satunya masjid di Pulau Ketam, khusus pada bulan Ramadan lalu. Masjid tersebut turut bertindakan sebagai Balai Islam bagi penduduk Islam di pulau berkenaan.

Orang ramai yang ingin menyumbang dana untuk membantu Akademi Tahfiz Mandarin boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank, 562478163674 atau menghubungi Ustaz Mad Cina di talian 013-4319717 dan 013-6919717. - UTUSAN ONLINE

Video Pilihan
Artikel Lain