Sawah Sagil berpotensi jadi ikon pelancongan baharu

AYER HITAM 15 April - Kawasan sawah padi di Kampung Parit Sagil yang merupakan satu-satunya kawasan jelapang padi di kawasan itu berpotensi besar untuk dijadikan destinasi pelancongan baharu di daerah ini.

Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsul Bahari Jamali, nilai komersial yang terdapat di kampung itu mampu menjadi ikon pelancongan di negeri ini, sekali gus mampu menarik kedata­ngan lebih ramai pelancong.

"Suasana indah sawah padi de­ngan latar belakang suasana kampung mampu menjadi tarikan baharu. Pelancong boleh merasai sendiri pengalaman menanam dan menuai padi secara tradisional serta dapat menikmati beras yang baru dituai.