Sarjan terima rasuah direman

KOTA BHARU 22 Nov. - Seorang anggota polis berpangkat sarjan direman tujuh hari bermula hari ini selepas didakwa meminta rasuah sebanyak RM1,800 dipercayai daripada seorang pengedar dadah semalam.