Sanggup beli kereta baharu demi Gymkhana

Siapa sangka kerana minat mendalam terhadap sukan lumba kereta 'Gymkhana' mendorong K. Niishal, 26, menghabiskan duitnya untuk membeli kereta baharu.

Katanya, ini merupakan kereta ketiga yang dimilikinya setelah tujuh tahun terlibat dalam sukan tersebut sejak tahun 2011.

“Ramai yang masih belum mengetahui mengenai sukan ini kerana kurang pendedahan dilakukan dan kebanyakannya menganggap perlu berbelanja besar untuk menceburi bidang ini.