Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rezeki 'gondol' di musim haji

Ketika ramai jemaah haji sedang keletihan ekoran baru sahaja habis menyelesaikan lontaran di jamarah Kubra, iaitu salah satu wajib haji pada 10 Zulhijjah untuk mendapatkan tahalul awal, seorang jemaah dilihat bergegas ke kawasan tandas Maktab 80 Tabung Haji di Mina.

Berbekalkan pisau lipat, pencukur eletrik dan kain, dia membuka gelanggang. 

Bukan gelanggang silat, tetapi Nor Azmi Mohd. Salleh yang berasal dari Perak menawarkan perkhidmatan mencukur kepala kepada jemaah haji Malaysia bagi mendapat tahalul awal.

Beliau yang berusia 54 tahun dan merupakan tukang gunting rambut sepenuh masa di Putrajaya mengenakan bayaran 10 riyal kepada jemaah yang mahukan perkhidmatannya di khemah Maktab 80 Tabung Haji.

Hebatnya Nor Azmi ialah, dia juga baru selesai melontar jamarah kubra yang terletak sekitar 8 kilometer pergi dan balik dari khemah maktab namun atas keikhlasan hati ingin membantu jemaah, dia gagahkan diri untuk berdiri sejak pukul 4.30 petang sehingga 12.30 malam. Hanya berhenti rehat untuk solat dan minum.

Dengan kecekapan tangan, Nor Azmi berjaya mencukur seorang jemaah dalam tempoh lima minit dan pada hari pertama melontar itu beliau mendapat 100 lebih pelanggan.

Nor Azmi yang merupakan salah seorang peserta program Khas Haji Perdana Menteri tajaan Yayasan 1MDB turut berhasrat untuk bertugas sepenuh masa menawarkan perkhidmatan mencukur rambut bagi musim-musim haji akan datang. - UTUSAN ONLINE

Video Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain