Remaja bertuah menang hadiah kereta

PETALING JAYA 16 Nov.- Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu? Begitulah yang boleh digambarkan oleh remaja berusia 21 tahun, Chan Chun Yong.

Dengan hanya bergembira di taman tema Sunway Lagoon bersama dua lagi rakannya, beliau telah berjaya memenangi sebuah kereta Proton Iriz.

Peraduan 'The Ghostbusters Adventure Live!' yang bermula 14 Julai telah tamat pada 31 Oktober 2016.

Sunway Lagoon yang beroperasi setiap hari bermula 10 pagi sehingga enam petang mempunyai lebih 90 tarikan menarik yang mesti dicuba.-UTUSAN ONLINE