Rakyat Melaka berpesta di Malam Inspirasi Cinta Ilmu

MELAKA 4 April - Sempena dengan sambutan ulang tahun ke-15 Melaka Bandaraya Bersejarah yang bermula pada 7 April ini, acara atau program yang diatur untuk warga Bandaraya Melaka Bersejarah pada dasarnya menggamit pelbagai kaum dan agama untuk sama-sama merasakan kemeriahan sambutan ulang tahun Melaka Bandaraya Bersejarah. Berpesta selama seminggu, acara kemuncak pada 14 April ini dimeriahkan lagi dengan program Malam Inspirasi Cinta Ilmu bersama barisan artis popular tanah air iaitu kumpulan nasyid popular, Raihan, penyanyi lelaki solo yang tidak asing lagi, Aris Ariwatan, pendatang baharu dalam dunia seni suara, Nabila Razali, Adam Korie dan Angah Raja Lawak. Dalam majlis yang diadakan di sini, baru-baru ini, Datuk Bandar, Datuk Zainal Hussin berkata, pembangunan negeri Melaka sangat rancak dari sebi pembangunan fizikal.