Qurta UniverCity Aiman Tino untuk golongan hipster

Menerobos ke dunia perniagaan menerusi lonjakan nama Aiman Tino sebagai penyanyi yang sedang 'in' dalam industri hiburan tanah air telah membuka satu lagi ruang merchandise apabila anak muda ini tampil dengan fesyen Qurta UniverCity.

Walaupun pada pandangan mata kasar potongan baju Melayu Qurta UniverCity by Aiman Tino tidak ada bezanya dengan fesyen baju Melayu Johor atau teluk belanga, pereka fesyen tetapi bagi pendukung utama yang mencernakan Qurta By Sweet Aiman Fashion Univercity, Datuk Ryzal Jamaludin yang juga merupakan pengasas produk Wonder Glow, beliau tetap mempertahankan rekaan tersebut dengan menjelaskan, ia adalah fesyen unisex dan hipster yakni sesuai untuk anak-anak muda.

Bagi Aiman sendiri, beliau selesa dengan Qurta yang dipakainya yang boleh didapati bukan sahaja di Busana @Menara Mara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur tetapi juga di 25 cawangan atau outlet Mydin di seluruh negara. Qurta by Sweet Aiman didatangkan dalam saiz S, M dan L pada harga jualan di Mydin, RM79.90.

Sempena dengan pelancaran Qurta by Sweet Aiman Fashion Univercity semalam, turut dilancarkan ialah single terbaharu Aiman Tino sempena Aidilfitri berjudul Lara dalam Kerinduan. Klip video lagu ciptaan sepenuhnya oleh ayah Aiman sendiri, boleh dilayari di YouTube. - UTUSAN ONLINE