Pizza Hut memperkenalkan piza Pastry Crown terbaharu

PETALING JAYA 28 Jan.- Pizza Hut Malaysia memeriahkan lagi Tahun Baharu dan musim perayaan yang bakal tiba dengan mengeluarkan piza Pastry Crown. Piza terbaharu ini boleh didapati mulai 28 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2015.
Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia, Low Kang Moon memberitahu pihak Pizza Hut berbesar hati kerana berpeluang untuk berkongsi menu terbaru dengan pelanggan setia Pizza Hut pada musim perayaan Tahun Baharu Cina.
"Keunikan rasa piza Pastry Crown ini pasti akan memeriahkan lagi suasana makan bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang," katanya.
Dengan limpahan ramuan ketulan isi ayam, bawang, nanas, kapsikum merah, keju mozzarella, sos istimewa BBQ tennese dan kerak keju tiga rasa pasti memberikan anda kelainan dalam citarasa piza terbaru ini.
Sempena musim perayaan yang bakal tiba, Pizza Hut mengadakan promosi dengan tambahan RM6.00 berpeluang menikmati hidangan piza Pastry Crown melalui kombo Huts Delight Meal dan Big Double Box.
Selain itu, pelanggan boleh menikmati Big New Box yang sesuai dimakan untuk tiga ke empat orang pada harga yang istimewa iaitu RM47.90 dan kombo ini mengandungi Piza Pastry Crown (saiz biasa), enam ketul drummet New Orleans, roti bawang putih, enam ketul spicy chicken fingers dan dua sup cendawan.-UTUSAN ONLINE