Petronas StreetSmart bawakan pameran interaktif keselamatan jalan raya

Petronas StreetSmart mempromosikan kesedaran keselamatan jalan raya dan memupuk sikap lebih bertanggungjawab di jalan raya di kalangan masyarakat dengan mengetengahkan program dan aktiviti yang menarik mengenai keselamatan di jalan raya.
Pameran bergerak interaktif ini adalah sumbangan Petronas kepada masyarakat. Ia telah mendapat kerjasama daripada Institut Penyelidikan Jalan Raya (MIROS) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).
Pameran ini dibuka kepada orang awam dari pukul 9 pagi hingga 6 petang bermula 22 Disember yang lalu sehingga 31 Mei 2015 dan masuk adalah percuma.