Persiapan Hetty Sarlene didukung dua pengurus wanita

KUALA LUMPUR 3 Okt. - KEMBALI beraksi di atas pentas, Hetty Sarlene mengakui beliau berhadapan dengan cabarannya yang tersendiri untuk meneruskan langkah dalam pertandingan realiti televisyen yang baharu sahaja bermula pada minggu lepas.
Namun begitu, kata Hetty Sarlene, kegusaran beliau agak reda sedikit dengan kehadiran dua wanita serentak, Nur Omar dan Suzana Zakaria yang bertindak sebagai pengurusnya.
 Kata Hetty Sarlene, tugas beliau adalah memberi yang terbaik pada setiap persembahan.

"Dua pengurus saya mengingatkan saya, jaga vokal dan disiplin.

"Di atas pentas segala-galanya bergantung kepada saya dan insya-Allah, saya akan buat yang terbaik," katanya.
Ikuti sedutan segmen bual santai Jom Chat dengan Hetty Sarlene dan diiringi bersama dua pengurus wanita. - UTUSAN ONLINE