Persembahan Estranged atas trak pikap

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya kumpulan Estranged mendekati peminat yang tinggal di kawasan pendalaman.

Bergerak secara bertiga, Rich, Din dan Hanafi, Estranged akan menjelajah Sabah dan Sarawak dengan membuat persembahan di atas trak pikap.

Pada 23 Jun nanti, Estranged memulakan  persembahan di atas trak pikap di sebuah perkampungan di Ranau.

Tidak perlu menginap di hotel bertaraf lima bintang, Estranged akan bermalam di dalam khemah di tepi sungai.

Siri persembahan jelajah ini merupakan rangka promosi Estranged untuk album berjudul Volume 1 yang dilahirkan tahun lepas.

Tampil sebagai artis undangan segmen live #jomchat 2018, siri jelajah Estranged dirangka ke 80 destinasi. - UTUSAN ONLINE