Perancangan perlu teliti - Syamel

KUALA LUMPUR - Mengundang artis atau selebriti untuk menjayakan segmen mingguan yang menjadi konten portal berita Utusan Online pada setiap hari Rabu, Jom Chat, pada minggu lepas telah menjemput penyanyi lelaki yang baharu sahaja memenangi anugerah vokal terbaik menerusi lagu ciptaannya sendiri berjudul Aku Cinta. Walaupun berkolaborasi dengan Erni Zakri untuk menyampaikan lagu Aku Cinta, Syamel beranggapan pada malam Anugerah Juara Lagu Ke-32 yang lalu, rezeki memihak kepadanya.

Mengakui menyanyi secara berduet amat mendebarkan, apatah lagi adanya Dayang Nurfaizah yang telah beberapa kali membuktikan kategori vokal terbaik dalam mana-mana majlis anugerah sering dalam genggaman wanita itu, namun apabila mengimbas kembali detik kemenangan pada malam itu, Syamel tidak alpa kerana kejayaan itu, hanya dinikmati pada malam itu sahaja.

Sewaktu bersiaran secara langsung #jomchat2018 dengan Syamel, anak muda ini mengakui, beliau perlu bekerja kuat dan merancang dengan teliti perjalanan karier nyanyiannya.

Ikuti sedutan #jomchat2018 dengan Syamel yang dihoskan oleh Apak, minggu lepas. - UTUSAN ONLINE