Pengalaman berharga Nanasheme di Seoul, Korea Selatan

PELUANG yang diberi kepada penyanyi Nanasheme untuk turut serta dalam Program Anjuran Biro Pelajar Luar Negara, Seoul, Korea Selatan dan Kelab UMNO Korea pada 13 Mei, baru-baru ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyanyi muda ini.

Berkongsi pengalaman sebagai pelajar dan penyanyi dengan para pelajar  Malaysia yang sedang menuntut di  negara berkenaan,  jemputan sebagai salah seorang penceramah atau speaker bagi slot 'STEP by STEP' di Dongyang Mirae University (Seoul) dengan topik 'To Choose Or To Be Chosen' ternyata gaya bersahaja Nanasheme dalam menyampaikan pandangan beliau, disambut baik oleh golongan hadirin.

Ternyata dalam diam tak diam, Nanasheme mempunyai banyak persamaan dengan rakan-rakan pelajar institusi pengajian tinggi di Seoul dan sekali gus, agak tidak keterlaluan jika dikatakan Nanasheme adalah ikon bagi rakan sebayanya.

Selain diundang sebagai speaker jemputan, Nanasheme turut berpeluang menghiburkan para pelajar yang hadir untuk mendengar ceramahnya dengan beberapa buah lagu termasuk single terbaharu beliau berjudul SANTAI. Single ini feat. bersama Eyza Bahra. - UTUSAN ONLINE