Pengalaman berharga Black di University of Southampton

Kepuasan menjadi penyanyi ialah apabila diterima peminat. Bagi Black, kepuasan beliau adalah apabila diberikan peluang untuk mengadakan persembahan di luar Malaysia. Biarpun persembahan diadakan di University of Southampton di hadapan para mahasiswa dan mahasiswi namun bagi Black, itulah peluang yang tidak harus disia-siakan olehnya.

Secara terus terang, Black mengakui, beliau tidak pandai berbahasa Inggeris tetapi apabila berada di perantuan selama 18 hari, mahu atau tidak, suka atau tidak, beliau terpaksa berturut dalam Bahasa Inggeris.

"Saya gembira melihat para pelajar berpuas hati dengan persembahan saya termasuk para pelajar asing yang terlopong mendengar nyanyian saya.

"Mereka memuji suara saya. Syukur kepada Tuhan," kata Black ketika tampil sebagai artis undangan segmen secara live, #jomchat2018 di Utusan Online minggu lepas.