PENCEMARAN ALAM SEKITAR: TIADA PENYELESAIAN?

KUANTAN 15 Feb. – Kerajaan disaran menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bersepadu diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menangani isu alam sekitar di negara ini. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Dr. Mashitah Mohd. Yusoff berkata, jawatankuasa itu perlu disertai oleh semua agensi yang terlibat dalam hal berkaitan alam sekitar. “Ia juga perlu dianggotai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu alam sekitar, pemaju dan rakyat. Pencemaran dapat dikurangkan jika perancangan awal dibuat menerusi jawatankuasa ini yang mengambil serius isu alam sekitar,” katanya.Selain Mashitah, dua lagi ahli panel yang mengupas tajuk ber­kenaan ialah Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Rosli Zul dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mazlin Mokhtar manakala Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar dari RTM selaku moderator.