Pelbagai gaya dengan tudung Arsara

DENGAN menggunakan sehelai tudung dan boleh menghasilkan pelbagai gaya apatah lagi jika pemakainya seorang yang kreatif. Ini yang dilakukan pada jenama tudung Arsara by Abby Nadzri.
Memulakan perniagaan secara dalam talian pada ramadhan tahun lepas, kini jenama ini mendapat sambutan di luar jangkaan.
Antara kelebihan tudung Arsara adalah ia tidak perlu digosok dan cara pemakaian yang boleh dipelbagai mengikut majlis.-UTUSAN ONLINE