Pelancaran tambah nilai Tune Talk tanpa tunai PayPal

Tune Talk Sdn. Bhd. baru-baru ini melancarkan tambah nilai automatik tanpa tunai untuk pengguna telefon mudah alih Tune Talk menggunakan perkhidmatan PayPal.

Dengan perkhidmatan terbaharu ini, pengguna Tune Talk boleh membuat tambahan nilai prabayar mereka dengan mudah malah tanpa perlu ke pusat tambah nilai.

Pengguna Tune Talk boleh menggunakan kad kredit atau akuan bank yang digabungkan dengan PayPal, organisasi pembayaran global secara online untuk menambah nilai pada bila-bila masa.

Tambah nilai secara automatik ini juga boleh ditetapkan ketika kredit Tune Talk mereka sampai ke nilai ambang RM10 atau mana-mana denominasi yang dipilih.

PayPal menyediakan tambah nilai RM10, RM20, RM30, RM50 dan RM100

Bagi pengenalan perkhidmatan terbaharu ini, Tune Talk menawarkan 25 peratus bonus kepada 1,000 pelanggan pertama yang mendaftar pekhidmatan PayPal ini.