Noraniza Idris didik Fee Haiqal jadi berani

KUALA LUMPUR - Ratu Ethnik Kreatif negara, Noraniza Idris tidak pernah memaksa anak-anaknya untuk mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi tetapi apabila beliau membimbing Dr. Ihab Ismail yang cintakan dunia nyanyian, tergetus di dalam hati pejuang lagu-lagu irama Malaysia ini, mengapa tidak dibimbing darah dagingnya sendiri sebagai warisan yang ditinggalkan kelak.

Bisikan hati Noraniza atau lebih mesra dengan panggilan Ani, seolah-olah didengar olehNYA dan anak bongsunya, Mohd. Alfeeq Haiqal hari ini tampil dengan nama pentasnya, Fee Haiqal untuk bergelar penyanyi.

Sokongan moral Ani terhadap Fee Haiqal tidak dibataskan walaupun anak bujang yang berusia 25 tahun itu memilih genre yang berlainan daripada ibunya.

Biar apapun genre pilihan Fee Haiqal, beliau perlu membuktikan bahawa kehadirannya dalam bidang seni suara tanah air bukan atas tiket, "Aku anak Noraniza Idris tetapi aku mampu buat yang terbaik demi karier seniku." - UTUSAN ONLINE