Nasi beringin tarikan Restoren Dun's

Rupa 'ala-ala' nasi dagang, rasa pula lagi sedap dari nasi lemak, itulah nasi beringin yang menjadi tarikan utama di Restoren Dun's. Pelbagai menu resepi asli Johor seperti, nasi tomato, mee bandung dan mee siput disediakan dengan harga yang cukup berpatutan. Jangan meleleh air liur, cepat pergi serbu kedai mereka yang terletak di Seksyen 6, Bandar Baru Bangi.