Michael Ong kenal 'tubuh' Datuk Sheila Majid

Nama Michael Ong amat sinonim dengan industri hiburan tanah air. Beliau yang merupakan seorang pereka fesyen tersohor tanah air, sering dipertanggungjawabkan untuk mereka pakaian yang bersesuaian untuk dipakai oleh penyanyi-penyanyi popular tanah air.

 

Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu digalas oleh Michael ialah menyediakan pakaian untuk Datuk Sheila Majid yang bakal mengadakan konsert solo berskala besarnya, Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 pada 5 Ogos nanti bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Sewaktu majlis memperkenalkan barisan penaja yang menaja konsert Sheila Majid nanti, Michael turut hadir pada majlis tersebut. Secara terus terang, Sheila berkata, "Michale mengenali 'tubuh' saya dan beliau adalah individu yang akan menyediakan pakaian saya sepanjang konsert nanti." Usai majlis memperkenalkan barisan penaja, wartawan UTUSAN ONLINE mengambil kesempatan untuk menemubual Michael Ong. Kita ikuti video rakaman temubual bersama pereka fesyen tersohor tanah air ini. - UTUSAN ONLINE