Meer Nash dan Maisarah pasangan serasi

KUALA LUMPUR - Meer Nash melangkah keluar dari kumpulan VOTEz selepas menghasilkan dua single kini serasi bergandingan dengan Maisarah,  pemetik ukulele.

Menerusi lagu duet pertama Meer dan Maisarah, Tetap Setia, artis yang bernaung di bawah label On Muse Sdn. Bhd. ini mengakui mereka masih hijau dalam industri hiburan.

Bagaimanapun, kedua-dua artis muda ini menyimpan hasrat untuk melangkah lebih jauh dalam bidang muzik yang mahu dijadikan sebagai karier.

Ikuti sedutan Jom Chat dengan Meer Nash dan Maisarah, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE