Malaysia cukup istimewa – Duta Belanda

SETELAH dua tahun berada di negara ini sebagai Duta Belanda ke Malaysia, Karin Mossenlechner menyifatkan Malaysia cukup istimewa berbanding negara-negara lain di dunia terutamanya tentang bagaimana masyarakatnya me­raikan pertembungan budaya.

 

“Sepanjang di negara ini, saya menghadiri pelbagai sam­butan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baharu Cina dan macam-macam lagi.

“Meskipun Malaysia adalah sebuah negara yang maju, rak­yatnya masih mengekalkan budaya dan adat masing-masing, menjadikan negara ini sangat istimewa dan saya rasa sangat ‘dekat’ dengan rakyatnya,” kata beliau dalam satu temu bual di Kuala Lumpur.