Majalah Gila-Gila curi tumpuan di Pameran Kartun dan Kita

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Kartun Majalah Gila-Gila yang terkenal ketika era 70-an menjadi tumpuan utama pengunjung ke Pameran Kartun dan Kita anjuran Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Rumah Kartun dan Komik Malaysia (RKKM). Pameran tersebut mengumpul lebih 100 karya majalah itu daripada 500 karya yang meraikan pelbagai kisah sejarah warna-warni Malaysia yang jarang disaksikan atau difahami di persekitaran budaya kontemporari.