Lima minit bersama Zoey Rahman

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Pelakon Zoey Rahman, 32, langsung tidak kekok ketika melakonkan watak Mamat dalam drama Mat Rukun yang disiarkan pada setiap hari Selasa hingga Ahad, pukul 8.30 malam menerusi saluran TV9.

Zoey atau nama sebenarnya Mohd. Hairey Azhar Abd. Rahman berkata, sekalipun drama 20 episod arahan Jamal Khan itu berteraskan genre komedi, namun itu tidak memberi sebarang masalah kepadanya.


“Saya bukan pelawak tapi saya dapat melakonkan adegan komedi dengan selamba kerana pengarah Abang Jamal memberi kebebasan kepada pelakon. Lagipun watak Mamat itu sendiri sudah kelakar dan perangai begitu ada pada sesiapa sahaja.