LIMA'17 berakhir LIMA'19 ditunggu

Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA ‘17) menutup tirainya hari ini dengan mencatatkan sejarahnya yang tersendiri.

Selain nilai kontrak Kementerian Pertahanan bertambah 81 peratus atau mencecah RM3.8 bilion berbanding LIMA ‘15, jumlah pengunjung juga melebihi sasaran 140, 000 iaitu 
236,689 orang manakala pelawat perdagangan 40,280 berbanding sasaran 40,000 orang.

Pencapaian itu sudah pasti menggembirakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berkampung lima hari di pulau legenda, Langkawi bagi memastikan LIMA ‘17 menjadi penganjuran terbaik sejak kali pertama diadakan pada 1991.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-lima-17-bukan-sekadar-ringgit-dan-sen-1.461647
© Utusan Melayu (M) Bhd