Kurang ajar dakwa Anwar bekas banduan

Saya rasa itu kenyataan kurang ajar sebab kalau seseorang itu dipenjara atas sebab-sebab yang salah, itu bukan salah dia jadi banduan. Jadi saya rasa tidak sesuai keperibadian seorang pemimpin Islam bercakap macam itu. Ini memalukan dan tidak menggambarkan akhlak pemimpin Islam yang langsung tidak mempunyai hikmah apabila bercakap.