Konsert Gala Pelarian hiburan berpengisian

Persembahan Datuk Ramli Sarip bersama Ratu Rock negara, Ella dan kumpulan nasyid kontemporari yang masih berbisa, Raihan pada 25 Ogos ini bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermotif.

Bukan sekadar berhibur tetapi Konsert Malam Pelarian pada 25 Ogos nanti adalah bagi membantu rakyat Rohingya.

Ketika hadir sebagai selebriti undangan Jom Chat di Utusan Online minggu lalu, banyak yang Ramli memperkatakan termasuk erti sebuah kehidupan yang mana kita perlu mensyukuri di atas segala nikmat yang dikurniakanNYA.

Mari kita sama-sama tonton video yang dirakamkan ketika segmen hiburan Jom Chat yang dihoskan oleh HASNURUL MOHAMED disiarkan secara live di Utusan Online dan Facebook Utusan Online. - UTUSAN ONLINE