Kerajaan beri jaminan perniagaan digital

KUALA LUMPUR 6 Mac - Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan persekitaran ekonomi serta kepemimpinan yang jelas kepada dunia korporat bagi memastikan tidak berlaku sebarang gangguan terhadap perniagaan digital.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani turut menzahirkan komitmen kerajaan dalam mempromosikan ekosistem perniagaan yang kukuh untuk dunia teknologi kewangan.

 

“Pembangunan berterusan akan meningkatkan pembabitan pemain sektor kewangan dan melengkapi pelbagai inisiatif ke arah meningkatkan pendapatan rakyat melalui penglibatan dalam ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Anugerah Fintech 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini malam ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-beri-jaminan-perniagaan-digital-1.622108#ixzz5955ApdIf 
© Utusan Melayu (M) Bhd