Kenaikan elaun SL1M berita baik yang ditunggu pelatih

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menaikkan elaun Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) daripada Rm1,500 kepada RM2,000 sebulan diterima baik oleh rata-rata pencari kerja yang hadir pada program Temuduga Terbuka SL1M, hari ini.

Kenaikan itu sekurang-kurangnya mampu memberi penambahan kewangan kepada pelatih untuk menyimpan wang atau membayar hutang belajar.

“Masa kini, kos sara hidup semakin meningkat, jadi, dengan adanya kenaikan elaun itu, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban para pelatih,” katanya ketika ditemui Utusan Online pada program tersebut di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), dekat sini hari ini.