Keluarga bersyukur Siti Nurhaliza selamat bersalin

BAYI 1 Rejab yang dilahirkan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin disambut penuh kegembiraan oleh seluruh peminat setianya.

Kegembiraan yang sama turut dirasakan oleh mereka yang dekat dengan penghibur legenda negara itu terutama suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang menyifatkan kelahiran Fatimah Az-Zahra iaitu nama sementara buat bayinya itu sebagai melengkapkan keinginannya untuk memiki anak perempuan.

Bagi kakak Khalid, Datin Zaitun  Mohamad Jiwa pula, kehadiran puteri Siti Nurhaliza menambahkan keceriaan serta mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara semua anggota keluarga.

Sementara itu, kakak ipar yang juga pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Abd. Razak pula berkata, kesempatan serta rezeki cahaya mata yang Allah kurniakan kepada penyanyi itu pada usia 39 tahun memberi inspirasi kepada sebilangan besar wanita untuk melalui pengalaman yang sama.

Ikuti temubual wartawan UTUSAN ONLINE, SAHARUDIN MUSTHAFA bersama ketiga-tiga individu yang rapat dengan Siti Nurhaliza.