Kekal dalam industri seni dengan hidangan genre pilihan

PERJALANAN seni Amylea, Kaer, Adeep dan Fahd Ezuan umpama pelbagai genre dalam melodi.

Masing-masing berusaha gigih untuk mencipta nama dalam industri hiburan di tanah air sendiri.

Perjuangan anak seni tanpa sokongan peminat dan pihak yang berkaitan akan menyukarkan mereka untuk mencipta karya dalam terus mewarnai industri hiburan.

Namun begitu, Amylea dan Kaer yang bergandingan dilihat berjaya menarik sokongan peminat yang mana esok, 26 Ogos 2018, mereka tampil menjayakan showcase di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Bagi Adeep dan Fahd, mereka meneruskan langkah sebagai penyanyi solo dengan genre pilihan masing-masing. - UTUSAN ONLINE