Kecewa,marah dengan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman

Setelah seminggu berakhirnya Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) isu cadangan daripada Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman agar ketua bahagian dan ketua cawangan parti diberikan projek kerajaan terus menghangatkan pentas politik tanah air apabila wujud dua puak dalam parti itu sendiri yang bersetuju dan menentang cadangan tersebut.