Jom meriahkan Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015

PETALING JAYA - Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015 akan diadakan pada 29 Mei sehingga 1 Jun bertempat di Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Karnival yang julung-julung kali diadakan itu mendapat sokongan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Belia Negeri Sembilan, badan-badan kerajaan tempatan dan agensi-agensi swasta lain.

Program tersebut juga mendapat kerjasama Kelab Belia Profesional Taman Tunku (KBPTT), Nisa Events (NE) dan Mewah Management Sdn. Bhd. yang bertindak menguruskan promosi dan media.

Baru-baru ini, diadakan majlis sidang akhbar Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015. Di majlis tersebut, turut diuar-uarkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga akan hadir pada malam 30 Mei nanti.

Majlis tersebut turut dihadiri sebahagian daripada barisan artis popular tanah air yang bakal menggegarkan pentas Karnival Sukan Pantai Port Dickson pada malam 30 Mei.

Selain daripada temu bual dengan Pengerusi KBPTT, Shahril Hamdan, apa kata tonton video ini yang turut memuatkan temu bual bersama sebahagian daripada artis yang bakal mengadakan persembahan di Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015. - UTUSAN ONLINE