“Johan lelaki terbaik” - Nora Ariffin

PETALING JAYA, 24 Mac - Selama  25 tahun hidup bersama sebagai suami isteri, penyanyi Nora Ariffin walaupun sedih dan pilu dengan pemergian suaminya, Johan Nawawi awal pagi ini reda dengan ketentuan Allah.

Berdampingan dengan Johan selama tempoh itu membuatkan Nora mengakui, Allahyarham suaminya merupakan lelaki terbaik yang pernah hadir dalam hidupnya.

Kata Nora, selama menjadi suri hati lelaki berusia 52 tahun, dia banyak mengecap saat-saat yang manis kerana Allahyarham Johan adalah suami dan bapa yang terlalu baik.

Wartawan Utusan Online, SAHARUDIN MUSTHAFA merakamkan video wawancara Nora dengan wartawan di Masjid Kampung Tunku di sini.

Utusan Online merakamkan ucapan takziah kepada Nora dan seluruh ahli keluarga.

Semoga tabah menghadapi ujian. Al-Fatihah. - UTUSAN ONLINE