“Jeng jeng jeng jeng” yang menjadi perhatian warga net

Persembahan “Jeng jeng jeng jeng” yang menjadi perhatian warga net sejak minggu lepas merupakan babak dalam teater Kembang Layarku.

Merupakan kali keempat di pentaskan, pengarah teater ini Raihan Mohd Jamil memberitahu ada kelainan yang cuba di bawa dia melalui naskah  hasil tulisan penulis asal Indonesia, Iryanda Mulia Ramly. Melihat perkara ini melalui sudut yang positif, Raihan turut yakin dalam masa yang sama kisah tular ini turut memberi kesan kepada kumpulan Sanggar Teater yang diasaskan pelakon  Fauziah Nawi. Sementara itu turut menjadi perhatian dalam video tular selama tiga minit itu adalah pendukung watak dalam teater ini Nurul Syuhada A'zmi, Fathi Radzi, Iellyas Fietrie Amerudin Mohd Nor Hafiz.