Janji 100 hari apa kata rakyat?

Seperti yang diumumkan oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bahawa mereka menawarkan 10 janji untuk ditunaikan dalam tempoh 100 hari.

Justeru, hari ini usai sudah tempoh tersebut selepas PH memenangi PRU-14 dan membentuk sebuah kerajaan.

Persepsi dan persoalan terus dilontarkan rakyat kepada kerajaan apabila mereka bertanggapan bahawa PH gagal menunaikan janji.

Antara janji yang dituntut pastilah, pemansuhan tol dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penurunan harga minyak dan pelaksanaan gaji minimum baharu.

Namun 100 hari sudah pun berlalu, pelaksanaan janji berkenaan menimbulkan persoalan utama dalam kalangan rakyat. Adakah mereka berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan PH selama 100 hari ini?

Jadi apa kata rakyat? - UTUSAN ONLINE