Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan malu hantar anak cacat penglihatan ke sekolah

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ini, segalanya nampak sama seperti sekolah menengah lain apatah lagi melihatkan ada beberapa orang murid berkejaran di kaki lima di salah sebuah blok di situ.

Proses pe­ngajaran dan pembelajaran (PdP) juga tampak seperti biasa namun apabila diperhatikan dengan lebih mendalam baharulah jelas bahawa pelajar-pelajar di sekolah itu bukanlah sama seperti di sekolah lain, mereka merupakan insan istimewa yang ditempatkan untuk menuntut ilmu di sana.

 

Itulah gambaran suasana persekolahan yang terdapat di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak di sini yang mempunyai 140 pelajar dan sebanyak 53 orang guru.

 

Guru besar sekolah itu, Jalaluddin Yusof berkata, setiap pelajar didik supaya berdikari agar dapat belajar dan menjalani kehidupan sama seperti pelajar normal yang lain.

 

Kata beliau, ibu bapa seharusnya tidak mahu untuk menghantar anak yang mempunyai masalah penglihatan ke satu-satunya sekolah di negara ini yang memberi fokus kepada pelajar yang mempunyai masalah penglihatan dan turut menawarkan asrama kepada pelajar yang tinggal jauh dari sekolah.

 

“Ada tak lihat anak-anak (pelajar) di sekolah ini pakai tongkat? Itulah yang kita ajar di sini agar mereka dapat berdikari sama seperti pelajar sekolah lain. Apabila mula masuk ke sini, kami memberikan mereka orientasi bagi membiasakan diri dengan persekitaran sekolah dan asrama.

 

“Di sini terdapat beberapa kategori pelajar seperti buta sepenuhnya bagi B1, rabun teruk (B2) dan rabun sederhana (B3). Justeru, mereka turut diajar menggunakan tulisan Braille bagi memudahkan mereka belajar seterusnya mencapai kejayaan dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya di sini baru-baru ini.

 

Mengulas lanjut, Jalaluddin berkata, bukan semua pelajar yang ditempatkan di sekolah berkenaan merupakan pelajar cemerlang namun itu bukan penghalang kepada mereka untuk berjaya.

 

“Bukan semua yang datang ke sini tahu banyak perkara, jadi hendak susun kelas agak susah sikit. Jika yang datang sudah pandai membaca, bagus tetapi jika mereka yang kosong tidak tahu apa-apa, kita tempatkan mereka ke kelas pemulihan dan ajarkan mereka tulisan Braille kerana ade kemungkinan yang rabun akan jadi buta.

 

“Masa sekolah rendah mungkin ada dalam kalangan mereka boleh membaca tetapi semakin berumur semakin tidak nampak. Ada budak-budak ini tidak mahu terima dia semakin buta, begitu juga ibu bapa mereka dan itu sebabnya kita beri khidmat kaunseling kepada mereka,” ujarnya.

 

Jalaluddin berkata, pelajar dan bekas pelajar sekolah itu turut aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan tiga daripada pelajar sekolah itu bakal mewakili negara dalam sukan goalball di Sukan Para ASEAN 2017 pada September ini.

 

“Kita sentiasa menggalakkan pelajar menyertai aktiviti sukan dan kerap menghantar mereka menyertai kejohanan sukan di peringkat kebangsaan dan sebagainya.

 

“Tahun ini tiga pelakar akan mewakili negara ke Sukan Para ASEAN 2017. Bekas pelajar kita turut mewakili negara dalam pelbagai acara sukan termasuk tiga orang yang akan menyertai acara berbasikal pada kejohanan yang bakal berlangsung pada bulan depan itu,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Video Pilihan
Artikel Lain