Rakaman detik-detik awal kemalangan bas ekspres Alisan

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Detik-detik awal yang dirakamkan oleh pengguna Facebook, Baharudin Tumin semasa kejadian kemalangan bas ekpres Alisan Golden Coach di KM 137.4 Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Pagoh awal pagi tadi. Berita lanjut di http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/video-rakaman-detik-detik-awal-kemalangan-bas-ekspres-alisan-1.423928#sthash.68Xq4a1L.dpuf

Kemalangan berkenaan meragut 14 nyawa dan mencederakan 16 yang lain. Terkini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung dengan serta merta Lesen Pengendali Goldstar Express (M) Sdn. Bhd. bersama kesemua bas di bawah pengendali itu, bagi menjalankan siasatan terhadap kejadian tragedi kemalangan bas ekspres Alisan Golden Coach. - UTUSAN ONLINE