Pesta Ponggal disambut meriah

Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP), Tan Sri M. Kayveas turut menyertai upacara memasak nasi manis, Ponggal bersempena Festival Ponggal yang berlangsung di Jalan Bunus, Masjid India, Kuala Lumpur pada 1 Februari.

Pesta berkenaan disambut meriah dalam suasana warna-warni yang turut disertai pelbagai lapisan masyarkat tidak kira bangsa dan agama termasuk pelancong asing. - UTUSAN ONLINE