Gagal ke akhir bakar semangat untuk terus kuasai BM

KUALA LUMPUR 6 Ogos 2015 - Kegagalan untuk terpilih ke peringkat akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (2015) Piala Perdana Menteri sama sekali tidak melemahkan semangat semangat para peserta untuk terus menguasai bahasa Melayu.

Malah, bagi para peserta berkenaan, kegagalan itu menjadi pembakar semangat mereka untuk terus berusaha mengusai bahasa pertuturan majoriti penduduk rantau Asia Tenggara ini.

Bagi mereka, mempelajari dan menguasai bahasa kebangsaan negara ini memberikan satu kelebihan bagi warga asing yang mahu mengambil peluang yang terbuka luas di rantau yang ekonominya sedang membangun dengan pesat ini.

Ikuti temu bual dengan empat daripada 20 peserta yang tidak berjaya ke final Kategori Antarabangsa PABM 2015 dalam laporan video yang disediakan oleh wartawan Utusan Online, Nurulanuar Mansor dan juruvideo, Kamarul Kamaruddin. - UTUSAN ONLINE