Floor88 terus pacu kejayaan dalam industri hiburan

KUALA LUMPUR - Menjadi artis berkumpulan menuntut persefahaman sesama ahli. Usik mengusik menjadi bahan yang menyatukan kumpulan Floor88 yang semakin diminati ramai.

Bermula dengan kelahiran single pertama mereka berjudul Zalikha, Floor88 memperlihatkan kepada pemerhati hiburan tanah air bahawa mereka mampu untuk mengorak langkah seterusnya.

Single kedua Floor88, Aqilah diterima baik oleh peminat dan mendapat putaran di stesen-stesen radio. 

Diundang dalam segmen Jom Chat di Utusan Online, Floor88 memberi bayangan yang jelas bahawa mereka berpotensi sebagai artis berkumpulan tempatan yang berwibawa. -  UTUSAN ONLINE